feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Program Malam Ukhwah Mahabbah Exco Dakwah & Kebajikan

Pada 6/12/2009 bersamaan 19 zulhijjah 1430,Exco Dakwah dan Kebajikan Al-Azhar Members(ALAM)menganjurkan Program Malam Ukhwah Mahabah.Majlis tersebut diadakan untuk merapatkan ukhwah exco tersebut dan memperkenalkan exco tersebut kepada Majlis Eksekutif (ME) dan Angkatan Exco (AE).

klik disini untuk baca lagi



Pimpinan Al-Azharmembers(ALAM) Bertugas untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak

Masjid Al-Azhar,KUIS menganjurkan program berbuka puasa untuk muslimin dan muslimat terutama kepada mahasiswa KUIS sepanjang bulan Ramadhan ini.Pimpinan Al-Azhar Members terlibat secara lansung untuk menyediakan hidangan berbuka puasa kepada muslimin dan muslimat.Hidangan berbuka puasa tersebut adalah hasil daripada sumbangan individu dan syarikat tertentu yang bermurah hati untuk menyumbang sempena ramadhan yang Mulia ini.Ucapan Ribuan terima kasih kepada yang menyumbang.Disamping itu Masjid Al-Azhar menganjurkan masjid tadarus Al-Quran bagi Pelajar sesi petang dan Staf(AJK Masjid) Pada sesi malam.



ALAM kendali "Khemah Ibadah" di SK Serdang

Pada 4 dan 5 Julai dan 18 ogos baru-baru ini, Kelab al-Azhar Members (ALAM)telah menerima jemputan untuk mengendalikan 'Khemah Ibadah' anjuran Panitia Pendidikan Islam dan PIBG Sekolah Kebangsaan Serdang. Program tersebut yang bermatlamatkan kecemerlangan solat melibatkan seluruh pelajar Muslim tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Serdang.

[Baca seterusnya.]



OPS JUMAAT KUIS

Jumaat 19/06/2009.Al-Azhar Members BADAR dengan kerjasama AMAR(MPM),PERMAS dan PERMAI telah mengadakan 'OPS JUMAAT' di Qahyah kediaman Lelaki KUIS.Ops ini bermula pukul 12.00 tengah hari dengan Taklimat oleh Setiausaha BADAR

[baca seterusnya]



MALAM UKHUWWAH PERDANA

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T "Malam Ukhuwwah Perdana" Kelab Al-Azhar Members berjalan dengan lancarnya.Program tersebut bertemakan "Semarakan Ukhuwwah Gerakkan Dakwah" Dirasmikan Oleh Timbalan Nazir,Masjid Al-Azhar KUIS.Ust Abu Zaki Ismail.Kira-kira 400-500 orang hadir di Majlis ini.Majlis diserikan dengan pelancaran Kumpulan nasyid ALAM dan kumpulan yang dijemput khas iaitu kumpulan Raudah.Majlis ini bertujuan untuk mempekenalkan Kelab Al-Azhar Members kepada Mahasiswa KUIS sebagai Wardah Kesatuan fikrah dan amal sesama mahasiswa,Peneraju gerakan dakwah kampus disamping itu bagi mengeratkan hubungan Silaturrahim ALAM dengan warga KUIS,Memasyarakatkan Masjid Al-Azhar kepada Warga Kampus dan Masyarakat setempat,Dan Meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan gerakan dakwah di bumi KUIS.Majlis berakhir kira-kira pukul 11.30 malam dengan jamuan ringan.



Program JEJAK 2 Berakhir dengan jayanya

Program Jejak Ashabul Kaffi yang berlansung pada 5-7 Jun 2009 lepas berakhir dengan jayanya.Program ini bertujuan untuk memamtapkan kefahaman tentang Aqidah Islamiah berakhir dengan Perasmian penutup oleh Nazir Masjid Al-Azhar KUIS yang juga Penasihat Al-Azhar Members.Untuk gambar program nantikan posting akan datang,nantikan.



PENGUMUMAN

Untuk makluman Mahasiswa KUIS.
setiap hari Isnin dan Khamis diadakan Majlis Berbuka Puasa (IFTAR) di Masjid Al-Azhar KUIS.
Pihak Al-Azhar Members (ALAM) mengadakan Usrahpada hari Isnin dan Khamis bermula jam 6.00 petang.
semua Mahasiswa yang Rindu dan Cinta akanPERJUANGAN ISLAM di jemput hadir.

Untuk Makluman Lanjut Hubungi:
013-2184487 (Muslimin)
013-2251523 (Muslimat)