feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

GAMIS Ikrar Kerah Mahasiswa Bersama Membantah PPSMI 7 Mac Ini

Ditulis oleh SU Gamis
Rabu, 25 Februari 2009 09:45

Isnin, 23 Feb 2009, Kuala Lumpur : Seramai lebih 40 aktivis GAMIS hadir mewakili mahasiswa Islam menyatakan ikrar bersama rakyat membantah PPSMI pada 7 Mac ini dan menyerahkan memorandum bantahan kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA. Ikrar yang dilafazkan itu menyatakan komitmen mahasiswa Islam dan GAMIS untuk mendesak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang dilihat akan membunuh Bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu. Presiden GAMIS ketika ditemui turut membuat satu kenyataan : "Kita mendapat tahu Khairy Jamaludin telah bersedia berdebat dengan Salahudin Ayub. Inilah masa yang dinantikan oleh golongan mahasiswa supaya dialog atau pertukaran hujah ini akan diadili oleh rakyat, bukannya media. Diharapkan debat ini akan membuka mata kerajaan kenapakah PPSMI ini mesti dimansuhkan dengan pelbagai hujah sejarah, bahasa, perlembagaan dan sebagainya.

[Dipetik dari gamisdaily]




Muktamar ALAM Kali Pertama"Sejahtera Bersama ALAM"

Al-Azhar Members (ALAM) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penganjuran Muktamar Tahunan kali pertama yang berlangsung semalam. Muktamar yang bertemakan “Sejahtera Bersama ALAM” itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah walaupun dalam keadaan persiapan yang sederhana. Hampir 200 orang muktamirin memenuhi Auditorium KUIS sebaik sahaja selesai solat fardhu Isyak dengan penuh penantian dan harapan.

Bagi seluruh pimpinan al-Azhar Members (ALAM), muktamar tersebut menjadi medan untuk bermuhasabah dan menilai segala apa yang telah dilakukan seta menganalisis pencapaian dengan tujuan untuk menambah kesungguhan bekerja dan berjuang sehingga cita-cita, visi dan misi ALAM tercapai dan terlaksana.
ALAM yang menjadi peneraju dakwah kampus meneguhkan azam dan iltizam serta berkeyakinan bahawa hanya ada satu jalan penyelesaian yang dapat menyelamatkan mahasiswa KUIS daripada belenggu kejahilan moden dan memimpin mereka yang sedang dalam kebingungan dan membimbing ke jalan yang sebenar iaitulah Islam yang syumul. Bertepatan dengan moto “Islam Memimpin Mahasiswa”, ALAM akan terus berusaha untuk merealisasikan matlamat ini dalam meninggikan Islam di Bumi KUIS dan menjadi satu amanah yang besar bagi seluruh pendokong-pendokong ALAM untuk terus istiqamah dan meningkatkan daya juang dalam perjuangan ini. Penganjuran muktamar ALAM yang berlangsung semalam menjadi medan terbaik bagi seluruh pendokong ALAM untuk bermuhasabah bagi merealisasikan segala cita-citanya.

Muktamar tersebut dirasmikan oleh Ust. Mahmud Lutfi B. Abd Hadi, Imam 1 Masjid Al-Azhar KUIS yang mewakili Ust. Mohd Farid Ravi B. Abdullah, Nazir Masjid Al-Azhar KUIS merangkap penasihat ALAM. Kumuncak bagi muktamar yang pertama ini ialah pembubaran pimpinan ALAM sesi 07/08 yang diumumkan oleh Presiden ALAM sesi 07/08, al-akh Azihal b. Bangsawan disusuli dengan pengumuman pimpinan baru sesi 08/09. Muktamar tersebut diteruskan dengan ucapan penangguhan Presiden ALAM yang baru sesi 08/09 dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Setiausaha Agung.

Bagi seluruh pendokong ALAM, penganjuran muktamar tersebut merupakan cacatan sejarah yang amat penting kerana buat pertama kalinya ALAM berjaya menganjurkan muktamar yang amat bermakna ini. Semoga pendokong-pendokong ALAM dapat bekerja, beramal dan berjuang dengan lebih cemerlang dan bersungguh-sungguh bermula saat ini dan yakinlah bahawa segala usaha yang kalian lakukan ini adalah semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah swt. Mudah-mudahan syurga menjadi tempat istirehat kalian selepas ujian dan cabaran yang kalian lalui dalam perjuangan ini. Takbir!!!