feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MALAM UKHUWWAH PERDANA

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T "Malam Ukhuwwah Perdana" Kelab Al-Azhar Members berjalan dengan lancarnya.Program tersebut bertemakan "Semarakan Ukhuwwah Gerakkan Dakwah" Dirasmikan Oleh Timbalan Nazir,Masjid Al-Azhar KUIS.Ust Abu Zaki Ismail.Kira-kira 400-500 orang hadir di Majlis ini.Majlis diserikan dengan pelancaran Kumpulan nasyid ALAM dan kumpulan yang dijemput khas iaitu kumpulan Raudah.Majlis ini bertujuan untuk mempekenalkan Kelab Al-Azhar Members kepada Mahasiswa KUIS sebagai Wardah Kesatuan fikrah dan amal sesama mahasiswa,Peneraju gerakan dakwah kampus disamping itu bagi mengeratkan hubungan Silaturrahim ALAM dengan warga KUIS,Memasyarakatkan Masjid Al-Azhar kepada Warga Kampus dan Masyarakat setempat,Dan Meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan gerakan dakwah di bumi KUIS.Majlis berakhir kira-kira pukul 11.30 malam dengan jamuan ringan.



0 comments:

Post a Comment