GAMIS Ikrar Kerah Mahasiswa Bersama Membantah PPSMI 7 Mac Ini
Posted by
AL-AZHAR MEMBERS ,MASJID AL-AZHAR
Ditulis oleh SU Gamis |
Rabu, 25 Februari 2009 09:45 |
Isnin, 23 Feb 2009, Kuala Lumpur : Seramai lebih 40 aktivis GAMIS hadir mewakili mahasiswa Islam menyatakan ikrar bersama rakyat membantah PPSMI pada 7 Mac ini dan menyerahkan memorandum bantahan kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA. Ikrar yang dilafazkan itu menyatakan komitmen mahasiswa Islam dan GAMIS untuk mendesak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang dilihat akan membunuh Bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu. Presiden GAMIS ketika ditemui turut membuat satu kenyataan : "Kita mendapat tahu Khairy Jamaludin telah bersedia berdebat dengan Salahudin Ayub. Inilah masa yang dinantikan oleh golongan mahasiswa supaya dialog atau pertukaran hujah ini akan diadili oleh rakyat, bukannya media. Diharapkan debat ini akan membuka mata kerajaan kenapakah PPSMI ini mesti dimansuhkan dengan pelbagai hujah sejarah, bahasa, perlembagaan dan sebagainya. |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment